• Narrow screen resolution
  • Wide screen resolution
  • Wide screen resolution
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Home Profail Sejarah
Sejarah PDF Cetak emel
Ditulis oleh Mazlinda   
Khamis, 25 Mac 2010 08:45
SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti ini diasaskan pada tahun 1946. Ini adalah atas daya usaha penduduk kampung dan juga orang-orang yang berpengaruh seperti Allayarham Datuk Bero B. Jemangkin (Ketua Kampung pada 1946), En. Bakri B. Tuing, Tn. Hj. Md. Kassim B. Omar, Tn. Hj. Naning B. Ali Aji dan lain-lain lagi.

Tamat peperangan pada tahun 1945, ibu bapa penduduk kampung Pulau Meranti dan persekitarannya mula membuka mata dan berfikir bagaimana cara hendak mengenalkan anak-anak mereka kepada huruf alif, ba, ta dan a, b dan c. Dengan daya usaha penduduk kampung dan orang-orang berpengaruh masa ituseperti Allahyarham Datuk Bero B. Jemangkin ( Ketua Kampung masa itu), En. Bakri B. Tuing, Tn. Hj. Naning b. Ali Aji dengan beberapa orang lagi penduduk kampung dengan berkat muafakat dapat mereka membulatkan azam mendirikan sebuah sekolah yang pada asalnya sebuah surau di Kampung Pulau Meranti, Puchong.Dari bangunan inilah terbit nama Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti. Walaupun ia sebuah bangunan aip berdinding dan berlantai papan serta beratapkan daun rumbia, namun ia tetap sebagai bangunan teragung yang tidak dapat dilupai oleh sesiapa sahaja yang dapat menilainya.

Bermula pada 2 Mei 1946 Sekolah Melayu Pulau Meranti, Puchong ( nama pada masa itu) mulai melangkah dan memperkenalkan diri sebagai sebuah sekolah yang sama tarafnya dengan lain-lain sekolah melayu di Selangor setelah beberapa tahun ia didirikan oleh penduduk kampung dengan cara bergotong-royong.

Bangunan ini merupakan bangunan kedua bagi SKPM yang juga didirikan oleh penduduk kampung menumpang di atas tanah wakaf perkuburan islam bersebelahan masjid Kampung Pulau Meranti, Puchong. Bangunan ini terdiri dengan tiang kayu teras bulat dari hutan, beratap bertam, berdinding kulit kayu meranti dan berlantai tanah tanpa bersimen (malangnya gambar tiada dala simpanan). Akhirnya bangunan kedua itudapat diubahsuaikan dengan wajah baru beratap zink, berdinding papan dan berlantaikan simen hasil dari tercapainya kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Dari tahun 1946 hingga tahun 1950, murid-murid sekolah ini masih diajar dalam matapelajaran Bahasa Melayu, Kira-kira dan Congak, Tulisan Jawi, Tawarikh, Lukisan, Ilmu Kesihatan, Ilmu Tanam-Tanaman dan Senaman.

Pada Januari 1946 Allahyarham En. Mohd Noh B. Mat Akil telah ditawarkan menjadi guru di SKPM dan merekodkan diri beliau sendiri sebagai murid pertama yang bekerja di sektor kerajaan. Selepas itu muncullah seorang demi seorang murid-murid dari SKPM melangkah ke hadapan hasil tunjuk ajar guru-guru besar dan guru-guru sehingga ke hari ini.

Terakhir dikemaskini pada Khamis, 08 Julai 2010 17:47
 

Daftar Masuk Warga Sekolah



mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini1251
mod_vvisit_counterSemalam1583
mod_vvisit_counterMinggu Ini4306
mod_vvisit_counterMinggu Lepas12586
mod_vvisit_counterBulan Ini50770
mod_vvisit_counterBulan Lepas87692
mod_vvisit_counterKeseluruhan3321458

We have: 10 guests online
IP Anda: 54.242.233.11
 , 
Today: Jun 19, 2013

Pautan

mygov
eduwebtv
webtvp
kampus_astro
EMIS
PROJEKEMAIL
e-penyatagaji

Pautan Penting

webmailbtpegerakbtpnsel
stsSPPICTS2
125myert

Makluman Terkini